Gombak, Selangor | 20 Ogos 2023
Setinggi-tinggi tahniah & syabas diucapkan kepada para pelajar DRB-HICOM University of Automotive Malaysia yang telah dianugerahkan pangkat Leftenan Muda Pertahanan Awam di Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-14 Tahun 2023 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Selangor pada 20 Ogos 2023.
Penganugerahan pangkat ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak & Tugas-Tugas Khas) kepada semua Pegawai Kadet Sispa yang terlibat daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara.
Jom bersama-sama sertai Kor Sispa DRB – HICOM University of Automotive Malaysia
Recent Comments