Terima kasih kepada semua yang telah menyertai kami dalam merayakan semangat kemerdekaan dan kebudayaan yang kaya di Malaysia. 



Rabu, 30 Ogos 23
Suasana semarak dan penuh kebanggaan di Malam Gala Merdeka anjuran Kelab Kesenian dan Kebudayaan DRB-HICOM University!
. Sambutan tahunan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Prof. Dato’ Sr. Dr. Omar Osman, Naib Canselor DRB-HICOM University, dan isteri tercinta Datin Noraizan Jamaludin. 


Persembahan yang memukau dan menghiburkan oleh kumpulan tarian Lentera Mestika, Jumantera teater, persembahan silat dari Kelab Pencak Silat DHU, dan Expressivo Band menyemarakkan lagi malam yang penuh semangat. Acara diakhiri dengan laungan merdeka yang menggetarkan jiwa tepat pada pukul 12 malam.





Recent Comments