DIPLOMA SELEPAS JUALAN OPERASI SERVIS
DKM TAHAP 4
Ringkasan Program
•Merupakan program lanjutan daripada program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi para pelajar yang berminat menjadikan bidang automotif sebagaibidang kerjaya. Para pelajar akan mengikuti program ini selama 15 bulan dandidedahkan dengan aspek serta kaedah pengurusan khidmat selepas jualan yang mengikut standard dan piawaian industri automotif. Para pelajar juga akan ditempatkan selama 3 bulan bagi tujuan “on the job training” di organisasi-organisasi atau syarikat-syarikat automotif yang menjalankan perniagaan selepas jualan.
Syarat Kemasukan
•Warganegara Malaysia
•Berumur 16 Tahun ke atas
•Tamat Sekolah Menengah / Lepasan SPM
•Mempunyai Sijil Kemahiran Tahap 2
•Mempunyai Sijil Kemahiran Tahap 3
Prospek Kerjaya
•Juruteknik Automotif
•Penyelia Teknikal
•Penasihat jualan
•Penasihat Perkhidmatan
•Pengurus Bengkel
Modul Kursus DKM 4
•Pemantauan Pematuhan Kaedah & Peraturan
•Koordinasi Keperluan Modal Insan
•Pelaksanaan Strategi Perniagaan
•Koordinasi Penggunaan Fasiliti & Inventori
•Pelaksanaan Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti